
PUTATAN, 20 Ogos 2018- JBSN Sabah telah diberi tangungjawab sebagai penguji Ujian Kecergsan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk pengambilan calon Pembantu Belia Dan Sukan Gred S19 pada hari ini bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Putatan.
Tujuan UKJK ini adalah untuk mengenalpasti tahap kecergasan kepada calon yang diuji. Terdapat beberapa ujian yang dikendalikan untuk setiap calon antaranya ialah Ujian BMI, Ujian bangkit tubi (curl up), Ujian duduk dan jangkau (sit and reach), Ujian genggaman tangan (hand grip) dan Ujian larian ulang-alik (bleep test).
Bagi ujian genggaman tangan dan duduk jangkau, calon akan diberi peluang sebanyak dua kali dan bacaan paling tinggi akan diambil dan direkodkan dalam borang UKJK. Manakala dalam ujian larian ulang-alik akan terdapat beberapa tahap. Semakin tinggi tahapnya semakin laju calon perlu berlari.
Oleh:
Norhayati Tasif
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 878








