- JBS Sabah
- Hits: 393
PERARAKAN PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH KENINGAU 2018

KENINGAU, 28 OGOS 2018- Perarakan Perbarisan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Keningau 2018 telah berlangsung hari ini di Kompleks Sukan Keningau.
Lebih 20 kontijen telah mengambil bahagian dalam perarakan perbarisan tersebut yang terdiri daripada agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Badan-Badan Berkanun dan Persatuan Unit Beruniform dan Kelab Belia Daerah Keningau.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Tuan Rasinin Koutis @ Kautis, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.34 Liawan. Turut hadir, Ybhg. Tuan Haji Yusof Bin Haji Osman, Pegawai Daerah Keningau, Ybhg. OKK Amir Bin Datuk Arif, Ketua Daerah Keningau dan Ybhg. Encik Ryandie Angsukup, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau.
Oleh:
Ryandie Angsukup
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 393






