
TUARAN, 8 Ogos 2018- Atlit Tuaran Athletic Club terus cemerlang di Kejohanan Olahraga Terbuka Kuala Lumpur pada 4-5 Ogos 2018 yang lalu apabila meraih 2 pingat emas, 1 perak dan 2 gangsa dengan penglibatan 15 orang atlit.
Perjumpaan bersama Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran, Encik Hamzah Md. Tahir dan Pegawai KBSS Daerah Tuaran, Encik Baxter Jilan, Presiden dan Ketua Jurulatih Kelab Olahraga Tuaran Encik Victor Suan dan Puan Josephen Maria Job berkata mereka telah memulakan Program Latihan Jangka Panjang untuk pembangunan Olahraga Daerah Tuaran sejak 2017 dengan hanya berbekalkan pengalaman sebagai bekas jaguh pecut negara dan Sijil Sains Sukan yg diperolehi.
Sebagai rekod, atlit dari kelab ini juga baru balik dari kejohanan Terbuka Melaka pada 30 Jun - 1 Julai 2018 yang lalu dengan membawa 1 pingat emas, 3 perak dan 5 gangsa melibatkan 16 orang atlit.
Kelab ini akan menghantar 32 orang atlit ke Kejohanan Terbuka Sibu 2018 pada 8-9 September 2018 sebelum memulakan sesi 'Off Season' pada bulan Oktober 2018 hingga bulan Januari 2019.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSP Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 322








