PUTATAN, 3 Ogos 2018 - Kelab Sukan Riadah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah mengadakan bacaan yassin setiap hari jumaat
Program ini amatlah baik bagi meningkatkan ilmu kerohanian dan mengeratkan hubungan silaturrahim kakitangan Jabatan. Turut serta dalam bacaan yassin adalah Tuan R. Effendi bin Razali Pengarah JBS Sabah.
TUARAN, 2 Ogos 2018 - Padang Bola Sepak Kg. Termunong telah menjalani proses pengesahan siap kerja hari ini yang diselia oleh Encik Mohd. Faez bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan 2, Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Tuan Haji Abang Syamsul Zainuri Abang Sapini, Pegawai Pembangunan & Penggalakan Sukan JBSN Sabah.
Turut serta didalam sesi tersebut, Encik Stephen Andreas, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Ibi Mongai dan Encik Hamzah Md. Tahir, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
TAMPARULI, 2 Ogos 2018 - Tiga projek naiktaraf dan baikpulih untuk GF1M Kg. Topokon, Padang Bola Sepak yang terletak di Kg. Rungus dan Kg. Loputung telah menjalani proses pengesahan siap kerja hari ini.
Pengesahan siap kerja yang diketuai oleh Encik Mohd. Faez bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan 2, Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Tuan Haji Abang Syamsul Zainuri Abang Sapini, Pegawai Pembangunan & Penggalakan Sukan JBS (P) Sabah meliputi pemeriksaan dan penelitian ke atas semua skop kerja yang telah disiapkan oleh pihak kontraktor dilantik.
Turut serta didalam sesi tersebut, Encik Stephen Andreas, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Ibi Mongai dan Encik Hamzah Md. Tahir, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
KIULU, 2 Ogos 2018 - Sesi lawatan pengesahan siap kerja projek baikpulih kemudahan sukan bagi padang bola sepak Kg. Pukak, Kiulu telah dilaksanakan hari ini.
Penyeliaan pengesahan tersebut diketuai oleh Encik Mohd. Faez bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan 2, Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Tuan Haji Abang Syamsul Zainuri Abang Sapini, Pegawai Pembangunan & Penggalakan Sukan JBSN Sabah.
Skop pengesahan meliputi pemeriksaan dan meneliti semua skop kerja yang telah disiapkan oleh pihak kontraktor dilantik.
Turut serta didalam sesi tersebut, Encik Stephen Andreas, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Ibi Mongai dan Encik Hamzah Md. Tahir, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
KENINGAU, 2 Ogos 2018- Pengerusi Penaja Kelab Belia Kampung Biah Tengah, Keningau dalam kunjungan ke Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau bagi membincangkan penubuhan kelab belia.
Antara nasihat dan bimbingan yang diberikan adalah lebih kepada kebaikan penubuhan kelab belia dikawasan setempat dan seterusnya langkah-langkah pendaftaran menubuhkan kelab belia serta tanggungjawab belia terhadap kelab belia yang akan didaftarkan.
Dalam perbincangan tersebut oleh YBhg. Encik Fedrius Bin Jumi, Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau dan Encik Rolandzo Robert, Pengerusi Penaja Kelab Belia Kampung Biah Tengah, Keningau akan bersama-sama memastikan kelab tersebut akan Berjaya didaftarkan seterusnya antara kelab yang akan menjadi penggerak bagi pembangunan belia di Daerah Keningau.
KENINGAU, 2 Ogos 2017- Kolej Geomatika cawangan Keningau di bawah Unit Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pejabat Belia dan ukan (P) Bahagian Keningau berbincang untuk melaksanakan dua program bersama iaitu “The Biggest Loser Challenge” dan Program Khidmat Masyarakat di Air Terjun Mahua Tambunan yang dijangka pada Bulan Ogos dan September.
Perbincangan tersebut dihadiri oleh Puan Siti Sarah Bt. Md. Yusof selaku Timbalan Reaktor Hal Ehwal Pelajar Kolej Geoamatika dan Encik Rayner Petrus-Pegawai OSC Kolej Geomatika dan Encik Mohd Sofian Bin Samad mewakili Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau . Tujuan program ini di laksanakan khusus untuk peserta-peserta Anugerah Remaja Perdana di Kolej Geomatika Keningau dengan program kecergasan iaitu di bawah elemen rekreasi fizikal serta program khidmat masyarakat.
KENINGAU, 2 Ogos 2017 - “Jom Fit” merupakan riadah petang Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau bagi menyahut cabaran sihat dari segi mental dan fizikal. Aktiviti ini dilaksanakan pada setiap hari khamis selepas waktu bekerja bagi mencapai objektif utama iaitu sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
Kemudahan sukan yang digunakan adalah dibawah seliaan pejabat iaitu Gymnasium Rakyat Keningau yang terletak di kawasan Bingkor, Keningau.Turut hadir Ybhg. Encik Fedrius Bin Jumi, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau.
PUTATAN, 1 Ogos 2018 - Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Putatan telah memberi impak dalam meningkatkan semangat patriotik dikalangan Penjawat Awam yang hadir pada mesyuarat hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Putatan.
Tujuan mesyuarat berkenaan adalah untuk membuat persiapan bagi memeriahkan dan menjiwai sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini yang bertemakan “Sayangi Malaysiaku” untuk Daerah Putatan.
Pelbagai acara telah diatur sepanjang bulan kemerdekaan pada tahun ini dan antara yang menarik Konvoi dari Daerah Putatan ke Pekan Kundasang melalui 'check point'di Tamparuli dan Pekan Nabalu.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Ag. Abd. Ghani bin Haji Pg. Haji Yusoff, Pegawai Daerah Putatan merupakan sambutan hari Kebangsaan yang terakhir bagi beliau sebelum beliau bersara penuh sebagai penjawat awam. Hadir bersama, Encik Joslam Syarifuddin, mewakili Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
PAPAR, 1 Ogos 2018 - Satu Lawatan telah diadakan bagi pengesahan siap kerja projek naik taraf Gelanggang Futsal Negeri Sabah 2018 yang terletak di Kg. Buang Sayang, Papar hari ini.
Lawatan tersebut dihadiri oleh Encik Mohd. Faez Bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan 2, Bahagian Pembangunan KBS dan Tuan Haji Abang Syamsul Zainuri Abang Sapini, Pegawai Pembangunan & Penggalakkan Sukan JBS (P) Sabah. Turut Hadir, Encik Ibi Mongai dan Encik Andy Suhardy Sarbini, mewakili Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
Pihak JBS (P) Sabah berharap agar belia-belia dan masyarakat setempat menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262