- JBS Sabah
- Hits: 349
SMK PEREMPUAN SANDAKAN PEMBUKA TIRAI CERAMAH ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) DI SANDAKAN

SANDAKAN, 1 Ogos 2018 - Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Sandakan telah mengadakan ceramah berkenaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Ceramah tersebut diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sandakan yang merupakan sekolah pertama yang dikunjungi pada bulan ini. Ceramah ini berlangsung selama satu jam, bermula pada 2.00 petang hingga 3.00 petang pada 1 Ogos 2018 (Selasa) bertempat di Kantin Sekolah berkenaan.
Dianggarkan seramai 200 orang pelajar menghadiri ceramah tersebut berumur dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun. Tujuan ceramah tersebut diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan taklimat kepada pelajar mengenai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan menarik minat pelajar untuk menyertai program tersebut. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan iaitu Encik Idi Bin Ladinda.
Oleh
Idi Ladinda
PBSB Sandakan
- JBS Sabah
- Hits: 349







