- JBS Sabah
- Hits: 486
MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK CADANGAN PEMBINAAN KOLAM RENANG DI KOMPLEKS SUKAN TAWAU

KOTA KINABALU, 23 Julai 2018 - Satu mesyuarat penyelarasan bagi membincangkan halatuju projek Cadangan Pembinaan Kolam Renang di Kompleks Sukan Tawau telah diadakan di Pejabat Pasukan Projek Khas 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ir. Abduldan bin Adtong, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Pasukan Projek Khas 2. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Encik R. Effendi bin Razali, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Ketua-ketua Pasukan Projek dari Ibu Pejabat JKR Malaysia dan juga pasukan konsultan yang dilantik.
Tujuan mesyuarat ini adalah untuk menilai prestasi semasa kontraktor di tapak memandangkan kegagalan kontraktor untuk menyiapkan kerja-kerja di tapak pembinaan selepas Lanjutan Tempoh Masa No.3. Perbincangan turut diadakan dalam mesyuarat mengenai status dan perancangan tender semula projek.
Oleh:
Norhayati Tasif
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 486








