
PUTATAN, 20 Julai 2018 – Tuan Pengarah JBSN Sabah telah menerima kunjungan hormat Encik Syaharul Affendi Bin Zulkepli dari Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia di Pejabat beliau hari ini.
Antara Agenda yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah mengenai halatuju belia dalam menjanakan pendapatan melalui reka bentuk dan pelabelan dan kerjasama yang boleh dilaksanakan untuk Pembangunan Ekonomi Belia khususnya di Negeri Sabah.
JBSN Sabah sentiasa menyokong program keusahawan kerana program seperti ini dapat membangunkan belia-belia untuk menjanakan pendapatan serta mengikut kesesuaian pasaran yang sedia ada baik pasaran tempatan mahupun pasaran antarabangsa.
Oleh:
Mohammad Hafiz Bin Abd Halim
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 385






