
PUTATAN, 2 Julai 2018 - 'Morning Prayer' Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah telah dipengerusikan oleh Penolong Pengarah, Encik Noorman Bin Ramlan yang merupakan medium untuk sesi perbincangan dan perkongsian mengenai perkembangan semasa di Bahagian Pembangunan Belia setiap minggu.
Sepanjang minggu lepas, beberapa perubahan dan penstrukturan baru dilaksanakan bagi memantapkan lagi pengurusan Jabatan. Selain itu, Bahagian Pembangunan Belia mengalu-alukan kehadiran Pegawai S29 baru Cik Norferuzana bagi menggantikan Puan Fredah Sulin yang bertukar ke Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Bahagian Pembangunan Belia melalui Unit Ekonomi dan Kemahiran akan menganjurkan Kursus Asas Menyelenggara Penghawa Dingin pada 20 sehingga 23 Julai ini.
Oleh:
Fariza Bohari
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 353








