
TAWAU, 5 JUN 2018 – Jawatan kuasa Penyelaras Bangunan Gunasama Wisma Persekutuan Tawau dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Tawau telah mengadakan latihan kebakaran dan menyelamat pada 1 Jun 2018.
Latihan kebakaran telah diadakan kira-kira Jam 2.30 petang bermula dengan lonceng panjang dibunyikan, kemudiaan semua pekerja dalam bangunan Wisma Persekutuan bergegas ke tempat yang telah ditetapkan untuk berkumpul iaitu di perkarangan bangunan.
Para pekerja juga diminta untuk tidak menggunakan lif semasa kebakaran berlaku. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga wisma persekutuan cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran dalam bangunan tersebut selain untuk melatih para pekerja sentiasa bersedia semasa berlaku kecemasan atau kebakaran.
Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 458







