
TUARAN, 12 April 2018 - Satu sesi kunjungan hormat serta sesi Perbincangan Program Inisiatif NBOS 1MYC Tuaran 2018 telah diadakan kepada Pejabat Daerah Tuaran. 1 Malaysia Youth City (1MYC) merupakan pembangunan berintegrasi yang memberi peluang kepada golongan belia untuk memajukan diri dalam alam pekerjaan dan keusahawanan.
Selain itu, program 1MYC juga boleh meningkatkan kemahiran dan keupayaan diri belia-belia melalui program-progmra yang dilaksanakan secara NBOS. Disamping itu, ia juga dapat menikmati hidup secara sejahtera dengan kemudahan rekreasi, perumahan mampu milik, pengangkutan dan persekitaran yang harmoni di mana objektif utamanya memberi peluang kepada golongan besar agar dapat meningkatkan taraf hidup dan pembangunan di kawasan separa bandar serta sekaligus dapat menjadikan kawasan tersebut sebagai hub bandar belia.
Pegawai Daerah amat menyokong akan pelaksanaan program ini secara NBOS sekaligus dapat meningkatkan penyertaan belia-belia untuk menjadikan bandar Tuaran sebagai bandar yang mesra belia.
Oleh:
Yum Maren Basri
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 355







