
TUARAN, 7 April 2018 - Majlis Ramah Mesra Mogi'imbang-imbang KLOSA bersama belia Lotud telah berlangsung di Dewan Muhibbah, Kg. Dungang sebentar tadi.
Program yang dianjurkan oleh Persatuan Komulakan Lotud Sabah (KLOSA) dan digerakkan bersama-sama Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat dan Kementerian Belia Dan Sukan Sabah Daerah Tuaran disertai seramai 150 orang terdiri dari belia-belia dan masyarakat dari Kg. Bokom, Kg. Pukak, Kg. Batangan, Kg. Tagai, Kg. Wokok, Kg. Dungang, Kg. Dungang Baru, Kg. Pandamai, Kg. Korompitut, Kg. Barus dan Kg. Timbuk.
Turut hadir, YBhg. Encik Jeffrey Teo, Setiausaha Politik Kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Encik Peter Lintar, Presiden KLOSA, Encik Ahmad Fairuz Abdullah, Ketua Penerangan KLOSA, Ketua-Ketua Anak Negeri, Ketua-Ketua Kampung, Pengerusi-Pengerusi JKKK dan pemimpin-pemimin persatuan belia daerah Tuaran.
Oleh:
Hamzah Md.Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 430





