
TUARAN, 21 April 2018 - Program Y-Career bagi Kursus Asas Menggunting Rambut yang dianjurkan di Pusat Ekonomi Sosial Anak Tuaran (PESAT) merupakan antara kesinambungan program bagi mempromosi 1 Malaysia Youth City Tuaran di kalangan belia.
Kursus selama 3 hari yang dihadiri seramai 20 orang belia setempat ini, mendedahkan para belia dengan teknik asas menggunting rambut. Tenaga pengajar, Cik Veronica Ng mendedahkan para peserta dengan teknik yang betul secara teori dan praktikal dalam kemahiran menggunting rambut.
Pada hari kedua program, para peserta telah menunjukan komitmen dan semangat berpasukan dalam melaksanakan setiap arahan dan tugasan berkumpulan yang diberikan.
Oleh:
Fariza Bohari
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 437








