
NABAWAN, 9 April 2018- Karnival OnsoiPensiangan yang bertujuan mengeratkan hubungan sesama rakyat dan pemimpin khususnya golongan belia-beliawanis telah diadakan . dua (2) hari berturut pada 6 hingga 7 April 2018 bertempat di Dataran Majlis Daerah Nabawan dan Kompleks Sukan Nabawan.
Antara pengisian Karnival ini ialah Pertandingan Bola sepak 9 sebelah, Pertandingan Bola Tampar, Pertandingan Sepak Takraw, Pertandingan Futsal Lelaki dan Wanita, Fun Run, Tarik Tali, Gusti Lengan, menyumpit, Pertandingan Sajian Masakan Tradisional, Pertandingan Nyanyian dan Pertandingan Ratu Ibu yang menghimpunkan masyarakat kawasan Pensiangan seramai 3,000 orang.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana menteri, merangkap Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Tan Sri Joseph Kurup, manakala Majlis Penutupan disempurnakan oleh YBhg. Tuan Arthur Joseph Kurup, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah merangkap Duta TN50.
Turut hadir, YBhg. Puan Delin Liet Blaun, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sabah, YBhg. Encik Djamiludin Bin Kamarudin, Penolong Pegawai Daerah Nabawan dan YBhg. Puan Zainon Han, Ketua Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah, dan YBhg. Encik Jekrison Kilan, Ketua Komulakan UPKO Nabawan.
Oleh:
Ryandie Angsukup
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 376







