- JBS Sabah
- Hits: 421
BERSUKAN JAMBATAN PERPADUAN

TUARAN, 26 Mac 2018 - Pertandingan Bola Sepak JKKK/ JKDB Kawasan N. 9 Tamparuli (Program Sinergi Belia Bahagian Pantai Barat bagi daerah Tuaran) berlangsung di Padang Pertanian Tuaran.
Program yang digerakkan bersama-sama Persatuan Belia Suara Tenghilan, Gabungan JKKK/JKDB N. 9 Tamparuli, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat dan Kementerian Belia Dan Sukan Sabah Daerah Tuaran disertai seramai 10 Pasukan pilihan dari mukim-mukim N. 9 Tamparuli.
Dalam ucapan ringkas YBhg. Datuk Jahid Jahim, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.9 Tamparuli, menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jabatan dan berharap melalui penganjuran program ini mampu melahirkan masyarakat yang berbudaya sukan dan menjadikan sukan sebagai asas jambatan perpaduan masyarakat.
Turut hadir, YBhg. Encik Jilias Lintar, Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen P. 170 Tuaran, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Stephen Andreas, Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Sabah Daerah Tuaran, Encik Baxter Jilan, Penasihat Persatuan Belia Suara Tenghilan, Encik Albert Joseph yang juga merupakan Pengerusi Penganjur.
Oleh:
Hamzah Md Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 421





