
TUARAN, 6 Mac 2018 - Sesi Temuduga Anugerah Belia Negara Kategori Pertubuhan Belia diadakan di Premis BSMM Daerah Tuaran sebentar tadi. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tuaran adalah salah satu Pertubuhan Belia yang dinilai hari ini oleh panel-panel penilai yang telah dilantik.
BSMM daerah Tuaran ini telah ditubuhkan sejak 25 Mei 1963 dan merupakan antara Pertubuhan yang telah lama wujud dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Tuaran khasnya.
Turut hadir dalam Sesi temuduga ialah Encik Simon Chin Pengarah Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Sabah, Encik Mohd Saiful bin Seman Naib Pengerusi BSMM Negeri Sabah dan pembentang Encik Kevin Lo Setiausaha Kehormat BSSM Daerah Tuaran dan Encik Hamzah Md Tahir Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Tuaran. TUARAN
Oleh:
Hamzah Md Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 378





