
PUTATAN, 12 Februari 2018- Seramai 180 orang telah menyertai Program "Jom Wanita Sihat dan Cergas" 2018 anjuran bersama Majlis Penasihat Wanita Sabah, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Malaysia Sabah dan Kelab Sukan Aerobik Taman Pasir Putih, Putatan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah yang diadakan pada 10 Februari 2018 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi galakan kepada golongan wanita mengekalkan tubuh badan dan minda yang sihat dan cergas agar mampu melakukan apa juga aktiviti disamping itu juga agar jantung menjadi kuat dan sihat serta berfungsi dengan sempurna.
Majlis pelancaran ini disempunakan oleh YBhg. Datuk Dr Tarniah TZ Taman, Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah dan turut dihadiri oleh Encik Noorman bin Ramlan, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Oleh:
Norhayati Tasif
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 144








