SANDAKAN. 9 November 2017 – Permukaan lantai yang mendap dan air bertakung telah dikenalpasti sebagai punca kerosakan GF1M Kampung Rancangan peringkat 6 dekat sini.
Encik Noorman Bin Ramlan, Penolong Pengarah, Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah bersama pihak perunding Bina Daya telah melaksanakan lawatan tapak cadangan pembaikpulihan gelanggang tersebut hari ini. Baikpulih gelanggang ini diharap dapat menarik lebih ramai pengguna iaitu 200 unit kediaman di sekitar kampung tersebut dan memaksimumkan kembali penggunaan GF1M serta menggalakkan masyarakat untuk terus bersukan.
Turut hadir semasa sesi lawatan tersebut wakil pemohon, Encik Rizan Aziz, Ketua Pemuda Libaran.
Oleh:
Andy Suhardy Sarbini
PBS (P) Bahagian Sandakan
- JBS Sabah
- Hits: 452






