SANDAKAN, 11 November 2017 – Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan buat pertama kalinya telah menerima kunjungan daripada Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah yang baharu, YBrs Encik Sabran Bin Abd Baharu sempena lawatan kerja rasmi ke Bahagian Sandakan pada 10 November 2017 yang lalu.
Dalam pertemuan bersama pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan, beliau telah menekankan mengenai isu disiplin dan integriti pegawai dalam melaksanakan tugas harian. Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Penolong Pengarah Bahagian Pembanguna Sukan, Encik Noorman bin Ramlan dan Pegawai Penggalakkan dan Pembangunan Sukan, Encik Abang Syamsulzainuri Bin Abang Sapini.
Selesai sesi pertemuan bersama kakitangan PBSB Sandakan, beliau meneruskan lawatan ke Kompleks Sukan Komuniti Libaran yang terletak di Batu 12 Sungai Manila. Puan Anita Selamat, Penyelia KSKL telah menyampaikan taklimat mengenai kemudahan yang terdapat di KSKL, kerja-kerja baikpulih serta masalah gangguan eletrik di KSKL.
Bersempena lawatan pertama Pengarah ini, pihak PBSB Sandakan telah mengadakan perlawanan boling santai di antara Pengarah, Penolong Pengarah dan semua kakitangan PBSB Sandakan yang telah dimenangi oleh Penolong Pengarah Encik Noorman bin Ramlan, diikuti oleh Pengarah Encik Sabran bin Abd. Bahar dan tempat ketiga dimenangi oleh Puan Munirawaty Binti Undang.
Oleh:
Andy Suhardy Bin Sarbini
PBS (P) Bahagian Sandakan
- JBS Sabah
- Hits: 424



