
TAWAU, 8 November 2017 - Lawatan ke tapak amali diadakan hari ini untuk melihat sendiri tempat penternakan ikan dalam sangkar yang akan menjadi tempat amali bagi Kursus Teknikal Belia Tani Akuakultur Peringkat Negeri Sabah 2017 yang akan bermula pada 9 hingga 12 November 2017 ini.
Sangkar ikan dimiliki oleh Encik Sammy Lawat adalah merupakan seorang usahawan ikan dalam sangkar tidak asing lagi di daerah Tawau.Antara ikan yang terdapat di sangkar ini adalah ikan Keratang, Kerapu, Merah, putih dan siakap.
Lawatan ini turut disertai oleh Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau Encik Mohamad Fadil Bin Sulaiman, Pegawai Jabatan Perikanan Sabah dan Encik Sammy Lawat Sendiri.
Oleh:
Khazarudin Kahar
PBS (P) Bahagian Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 374







