
TAWAU, 14 Oktober 2017- Lebih 10,000 peserta telah menjayakan Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara 2017, Peringkat Negeri Sabah 2017 di Padang Bandaran Tawau.
Pelbagai lapisan masyarakat terdiri daripada kakitangan awam dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar serta penduduk sekitar daerah ini telah menyertai acara yang bermula seawal 6 pagi.
Ketua Menteri Sabah, Y.A.B Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata Hari Sukan Negara adalah merupakan platform terbaik untuk menerapkan budaya sukan dikalangan masyarakat.
Katanya, program ini juga dapat mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara sukan di samping menjadi wadah perpaduan dan penyatuan nasional.
Teks ucapan beliau telah disampaikan oleh Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Y.B Datuk Masiung Banah.
Sempena HSN 2017 ini turut diadakan ialah ‘HSN Ride’ dan ‘HSN Run’ serta senamrobik, selain cabutan bertuah.
Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
JBS (P) Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 417








