
KENINGAU, 20 MAC 2017 – Persatuan Sepak Takraw (ASTAKA) Daerah Keningau berada di landasan yang betul dalam menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Daerah Keningau pada 18 Mac 2017 yang lalu.
Pelaksanaan Pertandingan Sepak Takraw ini dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau adalah merupakan usaha awal Persatuan untuk persiapan menghadapi Sukan Sabah (SAGA) 2017. Selain itu, pertandingan ini juga bermatlamat meningkatkan kepakaran, kesukarelawan tempatan dan melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktiviti sukan Sepak Takraw.
Dalam pertandingan itu, ASTAKA A sekali lagi muncul sebagai Juara, Naib Johan ASTAKA B, tempat ketiga dan keempat masing-masing di menangi oleh Pasukan Biah Skim A dan Biah Skim B.
Majlis Perasmian Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Daerah Keningau telah disempurnakan oleh YB Datuk Ellron Angin, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.37 Sook. Turut hadir, YBhg. Encik Muhamad Khairu Bin Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau dan YBrs. Encik Ramian Ayub, Presiden Sepak Takraw (ASTAKA) Daerah Keningau.
Oleh:
Ryandie Angsukup
PBSB (P) Bahagian Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 408







