
PUTATAN 8 April 2017-Program Pemantapan Integriti dikalangan Pemimpin Belia mendapat sambutan menggalakkan melalui NBOS antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Negeri Sabah (SPRM) , Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah Daerah Putatan (KBSS) dan Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Program yang diadakan untuk memberi pendedahan tentang integriti dikalangan pemimpin belia sangat penting agar menjamin persatuan atau kelab yang disertai mereka tidak berlaku penyelewengan atau salah guna kuas. Seramai 40 orang dari kalangan belia-beliawanis serta NGO’s sekitar Kota Kinabalu telah menyertai program sehari berkenaan.
Puan Aini binti Awang Muda, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Sabah dalam ucapannya semasa majlis perasmian penutupan, berharap persatuan atau pemimpin belia, berani untuk menjadi mata dan telinga SPRM serta menolak amalan rasuah supaya dapat mengelakkan gejalah ini dari terus berleluasa.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Encik Zaini Awang Jad , Pegawai Belia dan Sukan KBSS Daerah Putatan, Encik Mohd Zaini bin Hassan, Penolong kanan Penguasa SPRM Sabah dan Encik Yum Maren bin Basri, Penolong Pegawai Belia dan Sukan JBS (P) Negeri Sabah.
Oleh:
Yum Maren Bin Basri
JBS (P) Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 540






