
KOTA KINABALU, 20 Julai 2017- Setiap tahun, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka untuk Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi mengeratkan hubungan perpaduan dikalangan semua penjawat awam dan jabatan-jabatan persekutuan amnya dan di Negeri Sabah khasnya.
Seramai 56 Jabatan Persekutuan di Negeri Sabah terlibat dalam penganjuran majlis ini dengan pelbagai juadah makanan variasi tradisional dan moden di hidangkan untuk para tetamu yang hadir. Antara juadah yang menjadi pilihan tetamu yang hadir adalah Daging Kambing Panggang, Nasi Kerabu, Kelupis , Kuih Tradisional, Air Tea Hijau dan banyak lagi. Turut serta, pihak Jabatan turut menyediakan juadah seperti, Kelupis dan Kuah Kacang, Salad Buah dan Kuih Penyaram.
Majlis pada tahun ini, amat meriah kerana turut dihadiri oleh Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan sempat merakamkan gambar kenangan di Booth Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah bersama pegawai dan urusetia jabatan.
Oleh:
Yum Maren Basri
JBS(P)Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 395







