
KOTA BELUD, 22 Oktober 2017- Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Encik Sabran Bin Abd Bahar bersama Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda, Ahli Parlimen Belia iaitu Encik Syed Hamizan dan Cik Fadilah serta beberapa orang sukarelawan turun padang melawat serta membantu mangsa yang terlibat dengan banjir di pusat pemindahan di SMK Agama Tun Said, Kota Belud dekat sini.
Seramai 2,089 mangsa membabitkan 323 keluarga dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan banjir di daerah ini. Mereka ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Tun Said, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Said, Dewan Muhibah Tombol, SMK Taun Gusi Satu, Dewan SMK Arshad dan Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan.
Lokasi lain ialah di Dewan SK Taun Gusi, Dewan Gopog Taginambur dan Dewan Kompleks Sukan Butong, susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
Encik Sabran bersama dengan sukarelawan berkesempatan memberi bantuan air minuman kepada mangsa di sekitar Kampung Merabu, Kota Belud yang merupakan salah sebuah kampung yang terjejas kerana banjir.
Oleh;
Sukarnih Sidik
JBS(P) Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 463







