
KOTA KINABALU, 31 Oktober 2017- Anugerah Sukan Negeri Sabah Kali-28 2015/2016 telah diadakan pada hari ini bertempat Grand Ballroom, Hotel Pan Pacific Sutera Harbour, Kota Kinabalu yang telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang Di-Pertua Negeri Sabah.
Majlis penganugerahan ini diadakan dua tahun sekali bagi memberi pengiktirafan tertinggi kepada atlet Negeri Sabah yang menyumbang pingat serta mengharumkan nama negeri ini di peringkat kebangsaan dan di persada antarabangsa.
YBhg Encik Sabran Bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah merangkap ahli panel penilai Anugerah Sukan Negeri Sabah turut hadir memeriahkan majlis tersebut pada malam ini.
Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
JBS (P) Sabah.
- JBS Sabah
- Hits: 346





