
BEAUFORT, 6 November 2017 – Senamrobik Variasi Cergas Malaysia sempena Program NBOS Mobile CTC Peringkat Daerah Beaufort 2017 telah diadakan pada 4 November 2017 yang lalu bertempat di Padang Majlis Daerah Beaufort yang melibatkan Komuniti Rukun Tetangga sekitar Daerah Beaufort.
Program ini bermatlamat menyahut seruan kerajaan untuk melihat penduduk Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat, selain memberi peluang kepada masyarakat bergiat aktif dalam sukan kecergasan.
Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort telah diamanahkan untuk melaksanakan aktiviti senamrobik dengan kerjasama Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasioanal Daerah Beaufort dan Persatuan Sukan Kecergasan Daerah Beaufort.
Oleh:
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
PBS (P) Bahagian Beaufort
- JBS Sabah
- Hits: 381







