- JBS Sabah
- Hits: 483
LAWATAN KERJA PBSBK KE KBSS KUDAT
- JBS Sabah
- Hits: 483

TELIPOK, 11 November 2017- Program Touchpoint Sukarelawan kali ini bertandang di Kampung Togung,Telipok. Program yang merupakan program NBOS yang dikelolakan oleh Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat.
Aktiviti pelajar-pelajar IKBN Kinarut kali ini adalah mengecat balairaya serta menukar pintu. Manakala sukarelawan yang dibawah seliaan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat yang terdiri daripada Persatuan Belia Inspirasi Kota Kinabalu turut serta memberi khidmat kepada penduduk di Kg Togung dengan menanam 22 pokok bunga dan 3 pokok sukun serta 1 pokok limau kasturi selain membantu membersihkan kawasan sekitar balairaya tersebut.
Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Jumat Hj. Idris, Ahli Parlimen P.171 Sepanggar. Turut hadir dalam program tersebut ialah Tuan Haji Razali bin Mohamad, Pengarah IKBN Kinarut, Encik Joslam Syarifuddin mewakili Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat.
Oleh:
Sempini Langiton
PBS (P) Bahagian Pantai Barat

KUDAT, 11 November 2017-Kursus Asas Instruktur Senamrobik tahap 1 telah melabuhkan tirainya pada petang hari ini. Seramai 34 peserta yang hadir, kesemuanya telah berjaya dalam ujian yang diadakan pada sebelah petang selepas sesi teori dan Praktikal selesai dijalankan.
Majlis penutupan kursus disempurnakan oleh YBhg. Tuan Akram Hj Ismail, Naib Ketua UMNO Bahagian Kudat. Dalam ucapannya beliau memuji penganjuran program ini yang dijangka memberi kesan yang besar dalam usaha menyemai budaya sukan kepada masyarakat. Senamrobik bukan sahaja aktiviti sukan yang murah, mudah dan menarik malah ianya merupakan sukan masa kini yang akan membentuk masyarakat yang sihat dan cergas.
Selain menyampaikan sijil tamat kursus beliau juga menyampaikan hadiah tambahan untuk peserta terbaik, kumpulan terbaik dan kreografi senanrobik terbaik.
Oleh:
Himran Entoh
PBS (P) Bahagian Kudat

KUDAT, 11 November 2017-Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Kudat telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan PBSB Kudat Bilangan 4/2017 pada 10 November 2017 semalam.
Mesyuarat antara lain membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan urusan pentadbiran, pemeriksaan aset dan juga program-program yang bakal diurus sekitar bulan November dan Disember 2017 akan datang.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Himran Entoh, Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Kudat yang turut dihadiri oleh Encik Hajismail Hj Abd Gapak, selaku Pengerusi Persatuan Belia Sukarelawan Kudat yang merupakan Badan Operasi NGO untuk Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan Encik Asmarah Hj Koyoi, Jurulatih dan Penyelia Gimnasium 1 Malaysia, Bahagian Kudat.
Oleh:
Himran Entoh
PBS (P) Bahagian Kudat

TAWAU, 11 November 2017 – Kehadiran Encik Patang Saharing, pemenang geran superb teraju tahun 2015 ke Kursus Teknikal Belia Tani (KTBT) telah meningkatkan semangat para peserta dengan perkongsian khususnya dalam membuat rancangan perniagaan yang membolehkan usahawan membuat penilaian terhadap perniagaan bakal atau sedang dijalankan dari pelbagai sudut teknikal dan kewangan.
Rancangan Perniagaan atau RP ialah dokumen akan menerangkan secara terperinci berkenaan dengan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal, rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan. Selain daripada merekodkan informasi penting yang berkaitan dengan sesebuah syarikat dan perniagaan, rancangan perniagaan juga penting dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi institusi kewangan.
Sebagai tanda penghargaan sijil penghargaan telah disampaikan oleh Cik Nur Azidah Binti Piakong, Pegawai Pembangunan Ekonomi, Kementerian Dan Belia Malaysia yang turut hadir semasa sesi taklimat tersebut.
Oleh:
Mohammad Hafiz Bin Abd Halim
JBS (P) Negeri Sabah
Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17