
KUNAK, 12 Mac 2018 – Seramai 20 buah pasukan bertanding di peringkat bahagian Tawau dalam kejohanan Liga Sukan Untuk Semua bagi acara sepak takraw.
Perlawanan ini yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 10 hingga 11 Mac 2018 telah diadakan di Gelanggang Sepak Takraw SMK Madai Kunak. Menurut pihak penganjur iaitu Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, pemenang bagi kejohanan ini akan mewakili Bahagian Tawau ke kejohanan Liga Sukan Untuk Semua Peringkat Negeri Sabah pada 24 hingga 25 Mac 2018 nanti.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Joehan Angki, UPPM N.51 Kunak. Turut hadir bersama ialah Encik Ponniah Palaniapen, Pegawai Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Oleh;
Florence Binti Kasamin
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 381








