
KENINGAU, 18 MAC 2018- Sembang Santai Belia Bersama Pemimpin dapat mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat dan pemimpin khususnya golongan belia. Pembangunan sesuatu organisasi belia dapat terus berkembang melalui hubungan rapat dengan pemimpin dalam melaksanakan program-program belia di kawasan setempat.
Antara pengisian program yang dijalankan adalah Gotong Royong Perdana, Pertandingan Karaoke, Penyampaian Sumbangan Peralatan Sukan dan Cabutan Tiket Bertuah telah menarik perhatian hampir 1,000 orang penduduk kampung dan belia di Kampung Biah Skim dan sekitarnya.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ellron Alfred Angin, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN N.37 Sook. Turut hadir sama, Encik Ryandie Angsukup, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau, Encik Mohd Awang Sobre, Pegawai Kemas Kawasan P.182 Pensiangan, Encik Lambang Anturun, Ketua Kampung Biah Skim Keningau dan Puan Bette Rya Binti Ahubol, Pengerusi Pertubuhan Belia Kampung Biah Skim, Keningau.
Oleh:
Ryandie Angsukup
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 444






