- JBS Sabah
- Hits: 349
FUTSAL SANTAI BERSAMA PEMIMPIN
BEAUFORT, 6 April 2018 - Bertempat di Gelanggang Futsal 1Malaysia Pekan Beaufort telah berlansungnya Program Futsal Santai Bersama Pemimpin yang melibatkan penyertaan 8 pasukan jemputan pada 4 April 2018 yang lalu.
Objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan masyarakat terus bersukan dan mendekatkan golongan belia kepada pemimpin setempat. Pasukan SESB telah menjadi johan dalam pertandingan ini manakala tempat kedua disandang oleh pasukan RISDA Ft dan Pasukan Gabungan dan Majlis Daerah Beaufort berkongsi ditempat ketiga.
Program ini telah dirasmikan oleh En. Shahron Omar Bin Hj Osin, Ketua Pemuda UMNO P177 Beaufort dan hadir bersama iaitu Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort, En. Ainol DSP Mohd Dun.
Oleh:
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
PBSB Beaufort
- JBS Sabah
- Hits: 349







