
PENAMPANG, 23 Februari 2018- Program Rural Accelerated Industry Skill for Employment (RAISE) beri peluang kepada belia luar bandar untuk mendapatkan pekerjaan. Satu temuduga telah dilaksanakan pada hari ini yang dikelolakan oleh Auto Prima College.
Tujuan program ini adalah untuk memberi latihan persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan serta meningkatkan golongan berkemahiran dalam industri. Program ini adalah merupakan program NBOS antara Auto Prima College, Kadazandusun Cultural Association (KDCA) dan Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kadar pengganguran dikalangan belia. Panel Temuduga yang hadir adalah S.Magalingam Pengurus Auto Prima College dan Puan Rabiatul Adawiah binti Ramli, Penolong Pendaftar Auto Prima College.
Oleh:
Yum Maren Bin Basri
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 401







