- JBS Sabah
- Hits: 474
LARIAN OBOR SUKAN SEA & PARA ASEAN KL 2017 @ SABAH BERAKHIR DI ESPLANADE WATERFRONT SIPITANG

SIPITANG, 8 Jun 2017 – Daerah Sipitang menjadi laluan terakhir Larian Obor Sukan SEA & PARA ASEAN Kuala Lumpur 2017 bagi Negeri Sabah sebelum diserahkan kepada kerajaan Negeri Sarawak. Pegawai Daerah Sipitang, YBhg. Encik Latip Bin Amat telah menyempurnakan upacara pelepasan para pelari yang bermula di Sekolah Menengah Pengiran Omar.
Sebelum itu, beliau telah menerima obor tersebut daripada Encik Noorman Bin Ramlan yang mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah. Larian ini berakhir di Esplanade Waterfront Sipitang yang mana YB Datuk Hj. Ahmad Bin Hj. Bujang, ADUN N28 Sindumin bersama-sama berlari dan sekaligus merasmikan Larian Obor Sukan SEA & PARA ASEAN KL 2017 untuk Bahagian Pendalaman Atas. Selepas itu, beliau telah menyerahkan obor tersebut kepada YB Datuk Masiung Banah, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah untuk diserahkan kepada YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia & Sukan Sarawak di IQS Merapok, Lawas, Sarawak.
Oleh:
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
PBSB Beaufort
- JBS Sabah
- Hits: 474







