PUTATAN, 23 Mei 2017 – Perhimpunan Mesra Bulanan adalah merupakan medan pertemuan antara pegawai dan kakitangan untuk bertemu dan mengeratkan silaturahim antara mereka. Selain berkongsi idea, ianya juga dapat memberikan mencari penyelesaian masalah, samaada diperingkat ibu pejabat atau pejabat-pejabat Belia dan Sukan di bahagian di Negeri Sabah ini.
Demikian ucaptama Pengarah, ketika Perhimpunan Mesra Bulanan Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah Bilangan 2 Tahun 2017. Perhimpunan tersebut telah dihadiri 64 orang pegawai dan kakitangan dari ibupejabat dan pejabat-pejabat bahagian di seluruh Negeri Sabah.
Perhimpunan Mesra Bulanan pada kali ini adalah merupakan perhimpunan bulanan yang terakhir bersama Pengarah, Encik Rusli Bin Yusoff yang akan bersara wajib pada 24 Mei 2017.
KUDAT, 18 Mei 2017 - YB Datuk Bolkiah Hj Ismail, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian Kudat menjayakan Siri Dialog Transformasi Nasional 2050 @ TN50 Peringkat Bahagian Kudat bertempat di Dewan Serbaguna Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kudat. Turut menjayakan program ini adalah YB Datuk Abd Mijul Hj Unaini, ADUN N1 Banggi merangkap Pengerusi Ko Nelayan Negeri Sabah.
Encik Himran Entoh Hj Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia Dan Sukan (P) Bahagian Kudat menjadi moderator dalam dialog yang disertai oleh 216 orang peserta yang terdiri dari Pemimpin Belia, Pelajar Giat Mara, Pelajar Pra-U, SMK Abd Rahim, Badan-badan Beruniform, Persatuan Sukan, Kakitangan Muda Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Ketua-Ketua Jabatan serta wakil-wakil Pertubuhan Politik.
Sebanyak 14 Aspirasi sempat dikongsikan dalam majlis dialog yang berlangsung selama 2 jam dalam suasana yang bersemangat. Program diceriakan dengan kehadiran Pak Maon Buskers yang mengiringi majlis Dialog yang berkonsepkan TalkShow. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Program ini. Jumpa lagi di siri Dialog TN50 yang akan Datang. #TN50 #AspirasiKu #JBS(P)Negeri Sabah
PUTATAN , 18 Mei 2017 – 57 peserta dan 19 orang guru pengiring menyertai Kem Inspire Italent Peringkat Negeri Sabah Tahun 2017 kelmarin bermula pada 17 hingga 18 Mei 2017 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah . Program bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam bidang sukan OKU serta menggalakkan golongan OKU untuk bersukan serta memberi kesedaran kepada golongan OKU bahawa mereka juga mampu melakukan apa yang boleh dilakukan oleh orang normal.
Majlis Pelancaran Pusat Latihan Negeri PLN atlet PARA Negeri Sabah dan Majlis Penutupan Program Inspire itelent Peringkat Negeri Sabah telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Awang Damit bin Awang Anak, Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah Wakil Rasmi Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah. Turut hadir bersama Encik Lamat Anak Nyalau, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan(Persekutuan) Negeri Sabah, Encik Mohd Safrushahar bin Yusoff, Pengarah Bahagian Paralimpik, Majlis Sukan Negara Malaysia, Encik Noorman bin Ramlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Mohd Firdaus Kasim, Lembaga Sukan Negeri Sabah, Puan Alisa Al-Ha, Penolong Pengarah, Majlis Sukan Negeri Sabah dan Encik Tan Hwa Koon, Pengerusi PSRON Sabah.
Program ini dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan(P) Negeri Sabah dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi orang kurang upaya Negeri Sabah (PESRON).
RANAU, 18 Mei 2017 – Segmen persekitaran menjadi pilihan majoriti aspirasi dari belia-belia di Daerah Ranau melalui Siri Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Peringkat Bahagian Pantai Barat yang berlangsung di Dewan Arena Belia, Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah Daerah Ranau pada hari ini.
Majlis yang dimulakan secara santai oleh Encik Mohd Hisyamuddin bin Harun selaku moderator dialog dan seterusnya pengenalan TN50 oleh YBhg Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa, Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Negeri Sabah merangkap fasilitator di dalam majlis yang dihadiri hampir 400 belia mendapat sambutan hangat apabila sesi aspirasi dibuka kepada semua yang hadir.
Faktor geografi dan cuaca di Daerah Ranau keseluruhannya yang menjadi tumpuan pelancong saban hari menjadi pemicu aspirasi belia yang inginkan Daerah Ranau bukan hanya seiring dengan pembangunan teknologi moden tetapi masih mengekalkan konsep bumi hijau dan menjadi pusat rekreasi hutan berskala besar menjelang tahun 2050.
Dialog yang memberi banyak reaksi positif ini perlu diteruskan disegenap pelusuk Negeri Sabah bagi mendengar aspirasi-aspirasi terutama belia yang jauh di pedalaman bagi memastikan bahawa suara mereka juga perlu didengar dan secara tidak langsung terlibat dalam membukukan Dokumen TN50.
Oleh :
ERZAN BIN ABDULLAH PEJABAT BELIA DAN SUKAN (PERSEKUTUAN) DAERAH RANAU
KOTA KINABALU, 17 Mei 2017 – 36 pasukan Bola Tampar dan 32 pasukan Sepak Takraw berentap dalam Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) Peringkat Negeri Sabah 2017 pada 13 dan 14 Mei yang lalu. Pertandingan ini dilaksanakan pada 13 hingga 14 Mei 2017 bertempat di Kompleks Sukan, Likas .
Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) Peringkat Negeri Sabah pada tahun ini telah disertai oleh 32 buah pasukan dan Johan telah dimenangi oleh pasukan Century dari Daerah Kudat yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.00. Selain itu, Johan juga membawa balik sebuah piala, medal dan sijil penyertaan manakala naib johan pula dimenangi oleh pasukan Wira A dari Daerah Papar yang menggondol hadiah wang tunai RM1,000.00, medal dan sijil penyertaan. Tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan ASTAKA Kudat dan ASTAKA Tawau yang membawa pulang hadiah wang tunai RM500.00, medal dan sijil penyertaan.
Untuk kejohanan Bola Tampar kategori lelaki dimenangi oleh pasukan Tungkurian dari Daerah Lahad Datu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.00, sebuah piala, medal serta sijil. Naib Johan dimenangi oleh pasukan R&B dari Kota Kinabalu membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200.00, medal serta sijil dan tempat ketiga bersama iaitu pasukan Tenang Is Good dari Kota Kinabalu dan Pasukan V.C Uno dari Kota Belud masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500.00, medal serta sijil.
Manakala kategori wanita dimenangi oleh pasukan Damai Eco dari Kota Kinabalu, membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.00, sebuah piala, medal serta sijil. Naib johan dimenangi oleh pasukan CFC VC dari Kota Kinabalu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1,200.00, medal serta sijil dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan Skyvty VC dari Sandakan dan pasukan KTN dari Keningau masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500.00, medal serta sijil.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan(P) Negeri Sabah dengan kerjasama ASTAKA. Majlis penyampaian hadiah dan penutupan telah disempurnakan oleh Encik Noorman bin Ramlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembanguan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan(Persekutuan) Negeri Sabah.
BEAUFORT, 13 Mei 2017 – Bertempat di Dataran Bagandang Pekan Beaufort telah berlansungnya Majlis Penutupan Program Variasi Senam Cergas 1Malaysia Peringkat Bahagian Beaufort anjuran Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort dengan kerjasama Persatuan Sukan Kecergasan Daerah Beaufort yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Hj. Mohd Shaid Bin Othman, Pegawai Daerah Beaufort.
Program bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat bergiat aktif dalam sukan kecergasan ini diadakan bermula dari 1 April hingga 13 Mei 2017. Program yang dilaksanakan sebanyak 17 sesi ini telah melibatkan seramai 748 orang peserta.
Turut hadir dalam Majlis Penutupan tersebut ialah Encik Abd. Aziz Bin Anson mewakili Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort, Encik Awang Mamun, Pegawai Penerangan Daerah Beaufort dan Puan Grace Pun Nyuk Fung, Timbalan Pengerusi Persatuan Sukan Kecergasan Daerah Beaufort beserta ahli jawatankuasanya.
KOTA KINABALU, 7 Mei 2017 – 44 pasukan futsal lelaki dan 19 pasukan futsal wanita telah menyertai Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) Peringkat Negeri Sabah 2017 kelmarin bertempat di Arena Futsal, Yayasan Sabah.
Program yang diadakan bertujuan untuk membentuk masyarakat bersukan secara berterusan dan melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktiviti sukan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan iaitu 63 pasukan lelaki dan wanita. Johan kategori pasukan lelaki dimenangi oleh Pasukan Sri Aman FC, Naib Johan Ukulele dan tempat ketiga dari pasukan M7 Allstar JR dan PB Ft. Manakala kategori pasukan wanita telah dimenangi oleh pasukan Ziemal JR Fc, Naib Johan Rascal Bintang dan tempat ke tiga dimenangi oleh pasukan Remix FC dan Supastrikas.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan(P) Negeri Sabah diadakan dengan kerjasama Mizinis Sport Butik dan disempurnakan majlis penutupannya oleh Encik Noorman bin Ramlan, Penolong Pengarah, Bahagian Pembanguan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
KOTA KINABALU, 17 April 2017 – Penyertaan seramai 41 orang dari seluruh Sabah telah menyertai Outdoor Recreation Level 1 ( Outrec Level 1) yang diadakan pada 7 hingga 10 April 2017 yang lalu. Program selama 4 hari, 3 malam ini telah diadakan bertempat di Odec, UMS Kota Kinabalu, anjuran Unit Pembangunan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan(Persekutuan) Negeri Sabah.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan peminat dan juga penggiat rekreasi yang aktif dan diiktiraf oleh kerajaan. Selain itu, ianya juga adalah untuk menyelaras serta mengemaskini pelaksanaan pendidikan rekreasi luar secara teratur, membentuk dan melahirkan peminat-peminat yang berkualiti dan berilmu. Antara aktiviti-aktiviti dalam program tersebut ialah Pengenalan kepada rekereasi luar, Kepimpinan, Seni dan Tatacata Perkhemahan, Pengembaraan, Navigasi, Rekreasi air, Aktiviti tali dan Pengurusan risiko.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Encik Rusli bin Yusoff , Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan turut dihadiri oleh Encik Noorman bin Ramlan, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan(Persekutuan) Negeri Sabah.
NABAWAN, 10 April 2017 –Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Encik Rusli Bin Yusoff telah melakukan lawatan pemantauan kerja-kerja ditapak pembinaan Mini Kompleks Sukan Nabawan baru-baru ini.
Pada masa itu juga telah diadakan Mesyuarat Pemantauan Pembinaan Mini Kompleks Sukan Nabawan bagi membincangkan dan mendengar taklimat laporan prestasi oleh kumpulan pelaksana yang dilantik.
Turut hadir, Encik Noorman Bin Ramlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan Encik Ryandie Angsukup, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262