- JBS Sabah
- Hits: 526
KEKALKAN BUMI HIJAU RANAU

RANAU, 18 Mei 2017 – Segmen persekitaran menjadi pilihan majoriti aspirasi dari belia-belia di Daerah Ranau melalui Siri Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Peringkat Bahagian Pantai Barat yang berlangsung di Dewan Arena Belia, Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah Daerah Ranau pada hari ini.
Majlis yang dimulakan secara santai oleh Encik Mohd Hisyamuddin bin Harun selaku moderator dialog dan seterusnya pengenalan TN50 oleh YBhg Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa, Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Negeri Sabah merangkap fasilitator di dalam majlis yang dihadiri hampir 400 belia mendapat sambutan hangat apabila sesi aspirasi dibuka kepada semua yang hadir.
Faktor geografi dan cuaca di Daerah Ranau keseluruhannya yang menjadi tumpuan pelancong saban hari menjadi pemicu aspirasi belia yang inginkan Daerah Ranau bukan hanya seiring dengan pembangunan teknologi moden tetapi masih mengekalkan konsep bumi hijau dan menjadi pusat rekreasi hutan berskala besar menjelang tahun 2050.
Dialog yang memberi banyak reaksi positif ini perlu diteruskan disegenap pelusuk Negeri Sabah bagi mendengar aspirasi-aspirasi terutama belia yang jauh di pedalaman bagi memastikan bahawa suara mereka juga perlu didengar dan secara tidak langsung terlibat dalam membukukan Dokumen TN50.
Oleh :
ERZAN BIN ABDULLAH
PEJABAT BELIA DAN SUKAN (PERSEKUTUAN) DAERAH RANAU
- JBS Sabah
- Hits: 526


Untuk kejohanan Bola Tampar kategori lelaki dimenangi oleh pasukan Tungkurian dari Daerah Lahad Datu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.00, sebuah piala, medal serta sijil. Naib Johan dimenangi oleh pasukan R&B dari Kota Kinabalu membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200.00, medal serta sijil dan tempat ketiga bersama iaitu pasukan Tenang Is Good dari Kota Kinabalu dan Pasukan V.C Uno dari Kota Belud masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500.00, medal serta sijil.





