
TUARAN, 23 OGOS 2016 - Cluster Youth And Skill 1MYC 2016 adalah merupakan satu pendekatan latihan yang fleksibel untuk belia mendapatkan ilmu kemahiran dalam jangka masa pendek seperti gunting rambut dan Silk screen printing.
Program ini adalah merupakan salah satu cluster Program Pembangunan 1 Malaysia Youth City, yang dikelolakan oleh Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan usahawan tempatan di Daerah Tuaran.
Pelaksanaan program selama 3 hari ini, bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada para belia mengenai kemahiran yang boleh menjana pendapatan serta melatih para belia supaya lebih kreatif dan mempelajari bidang kemahiran tertentu.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Abd. Kassim Bin Haji Razali, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dan turut hadir ialah Encik Lamat Anak Nyalau, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah dan Puan Sempini Langiton, Pegawai Belia Dan Sukan (Persekutuan) Pantai Barat.
Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 433









