KOTA KINABALU, 27 Februari 2017 – Transformasi Nasional (TN50) telah memulakan siri jelajah dialog seluruh Malaysia dengan Sabah dipilih selaku tuan rumah yang pertama. Sesi yang dimulakan dengan ucapan YAB Ketua Menteri Sabah yang memberi ucapan perasmian secara santai di atas pentas utama. Jam 9.30 pagi YB Brig. Jeneral Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia memulakan Sesi Dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) bersama belia – belia Sabah.Siri Dialog yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini telah menarik penyertaan hampir 1500 belia yang terdiri daripada pemimpin-pemimoin akar umbi tempatan, guru-guru, pakar-pakar perubatan, dan profesion-profesion professional yang lain.
Pelbagai aspirasi-aspirasi menarik yang dikongsi semasa sesi dialog berkenaan antaranya ialah sebuah Negara Malaysia yang “Smoking-Free” pada tahun 2050 dan melahirkan generasi yang mencipta pekerjaan bukan sekadar mencari pekerjaan. Dalam sidang media sejurus acara selesai, YB Menteri Belia Sukan Malaysia menyifatkan belia-belia di Sabah menggunakan platform yang ada dengan sangat baik dan mengingatkan TN50 akan dibina bukan hanya dari aspek ekonomi malah dari semua sudut dan terperinci.Beliau juga berharap belia-belia akan terus melibatkan secara aktif dalam program-program TN50 yang akan dianjur agar semua aspirasi dapat dikumpul di atas satu kanvas yang akan dibukukan dan dibentang.
Oleh:
Muhamad Fuad Hilmi
JBS(P) Negeri Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 486







SANDAKAN, 12 FEB 2017 – Seawal jam 6 pagi bertempat di Padang Bandaran Sandakan, seramai 17 ribu peserta program Fun Run Dan Fun Ride Fit Malaysia telah bersedia untuk memulakan acara yang julung kali diadakan di Sandakan memandangkan program ini adalah merupakan kesinambungan selepas kali terakhir ianya diadakan di Sabah adalah di Kota Kinabalu pada tahun 2014.




