
KOTA KINABALU, 2 OGOS 2016 – Unit Pembangunan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, telah menganjurkan Kejohanan X Games Peringkat Negeri Sabah 2016 pada 30 hingga 31 Julai 2016 yang lalu.
Kejohanan tersebut disertai oleh 60 peserta yang telah diadakan di Taman Cabaran Belia Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Program ini adalah bertujuan melahirkan seramai mungkin penggiat sukan X Games di peringkat akar umbi dan menggalakkan rakyat negara ini terutamanya belia agar terlibat dengan aktiviti sukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Majlis Penutupan ini disempurnakan oleh Encik Rusli bin Yusoff, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah. Turut hadir, Encik Noorman Bin Ramlan, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Oleh :
Norhayati Tasif
Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 451








