
LIKAS, 21 MAC 2016 - Skuad bola sepak JBS Rhinos FC berjaya mencatatkan kemenangan 4-1 pada perlawanan persahabatan menentang IKBN Kinarut hari ini.
Perlawanan yang berlangsung di padang sintetik Kompleks Sukan Likas berlangsung dengan penuh meriah disaksikan 50 orang penonton. JBS Rhinos FC berjaya mengawal permainan dengan baik dengan menukar formasi asal dari 4-4-2 ke 5-4-1.
Kehadiran pemain baru dari Pendaftar pertubuhan Belia zon Sabah iaitu Zazali telah berjaya menukar cara permainan dengan lebih teratur di bahagian tengah. Gol-gol telah di jaringkan oleh Ali Hassan Sapar di minit 15 dan minit 35, Ramadhan, minit 64 dan Awang di minit 76. IKBN Kinarut pula berjaya memanfaatkan sepenuhnya bola muntah hasil sepakan penalti yang berjaya ditepis oleh penjaga gol JBS Rhinos seterusnya menghasilkan gol saguhati buat mereka.
Perlawanan bola sepak persahabatan ini merupakan aktiviti anjuran Kelab Sukan JBS (P) Negeri Sabah (SURIA) yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan suai kenal antara pegawai-pegawai yang bernaung dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Oleh;
Khazarudin Hj Kahar (JBSP Sabah)
- JBS Sabah
- Hits: 566









