
SANDAKAN 17 MAC 2016 - Semua pelaksanaan program Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) Bahagian Sandakan akan melibatkan 4 acara iaitu, bola jaring, sepak takraw, bola sepak dan futsal untuk lelaki dan wanita. Program yang dijalankan bermula pada bulan April dan acara bolasepak 9 sebelah akan diadakan pada awal bulan Mei 2016.
Satu mesyuarat penyelarasan aktiviti LiSUS Peringkat Bahagian Sandakan telah diadakan yang telah dipengerusikan Puan Munirawaty Undang, Pegawai Belia Dan Sukan (P) Bahagian Sandakan. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Astaka Sandakan, Persatuan Bola Jaring Daerah Sandakan, SAFA Sandakan dan juga daripada Penjara Sandakan. Mesyuarat tersebut telah membincangkan mengenai penyelarasan aktiviti dan persiapan program LiSUS serta memaklumkan keputusan jabatan yang akan mengadakan Program Liga Sukan Untuk Semua Peringkat Negeri Sabah 2016 di Sandakan pada 20 hingga 22 Mei 2016.
Sandakan julung-julung kalinya menjadi tuan rumah amat berbesar hati dengan keputusan tersebut dan berharap mendapat kerjasama sepenuhnya dari semua pihak untuk menjayakannya.
Oleh;
Andy Suhardy Sarbini (PBSB Sandakan)
Disunting oleh;
Sukarnih Sidik (JBSP Sabah)
- JBS Sabah
- Hits: 517










