
PENAMPANG, 14 MAC 2016 - Perlawanan bola sepak persahabatan antara JBS Sabah Rhinos FC (Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah menentang IKBN Kinarut Sabah telah berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Penampang semalam.
Perlawanan yang menyaksikan JBS Sabah Rhinos FC tumpas kepada IKBN Kinarut, dengan jaringan 2-3 ini, adalah merupakan antara aktiviti Kelab Sukan JBS (P) Negeri Sabah (SURIA) yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan suai kenal antara pegawai-pegawai yang bernaung dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Perlawanan ulangan akan diadakan pada 21 Mac 2016 ini, dimana IKBN Kinarut akan bertandang ke padang sintetik Kompleks Sukan Likas yang menjadi padang rasmi JBS (P) Sabah.
Oleh;
Khazarudin Hj Kahar (JBS (P) Sabah)
- JBS Sabah
- Hits: 540












