
KUDAT, 28 JULAI 2016 - Festival Kudat 2016 melabuhkan tirainya pada 25 Julai 2016 serentak diadakan Majlis Pelancaran Perwartaan Taman Tun Mustapha dalam satu acara gilang gemilang dan meriah.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Kudat sebagai salah satu jawatankuasa pelaksana Festival Kudat 2016, telah diberi kepercayaan untuk menjayakan Pertandingan Reka Cipta Pakaian Etnik Kreatif dan Pertunjukan Kenderaan Bermotor atau Autoshow pada festival tersebut. Kedua-dua program berkenaan mendapat sambutan yang luarbiasa dan reaksi positif dari pihak penganjur iaitu Pejabat Daerah Kudat dan tetamu kehormat pada malam berkenaan iaitu YB. Datuk Bolkiah Hj. Ismail, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah.
Kejayaan program berkenaan secara tidak langsung telah dapat menaikkan imej Jabatan dan menjadikan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Kudat akan terus diberi kepercayaan menganjurkan program berkenaan di masa akan datang.
Oleh:
Abd. Asrah Amir Bangsah
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Kudat
- JBS Sabah
- Hits: 479









