
KUDAT, 8 OKTOBER 2016 - Seramai 12,598 penyertaan dari warga kudat, memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara 2016 Peringkat Daerah yang diadakan di Pentas Terbuka Esplanad Sidek dan dirasmikan oleh YBhg. Major (K) Datuk Peter Chin Kee Yong, Pemimpin Pembangunan Masyarakat , N2 Tanjung Kapur yang mewakili YB Datuk Teo Chee Kang, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyatakan adalah penting untuk semua rakyat Malaysia khususnya di Daerah Kudat untuk sihat dan cergas melalui budaya bersukan dalam kehidupan. Ianya bukan sahaja dapat mengurangkan jumlah kes pesakit kronik akibat amalan cara hidup yang tidak sihat malah ianya juga dapat melahirkan lebih ramai atlet-atlet yang bertaraf dunia bagi menggalas dan mendokong martabat Negara dalam bidang sukan di Pentas Antarabangsa.
Bersempena dengan Majlis Pelancaran program berkenaan, beliau bersama-sama barisan kepimpinan Daerah Kudat termasuk Pegawai Daerah Kudat, Ketua Polis Daerah Kudat, Pemimpin-pemimpin Politik dan Pentadbir Jabatan Negeri dan Persekutuan bersenam robik di Pentas Terbuka berkenaan. Penganjuran acara Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kudat juga dilaksanakan di 6 buah sekolah terpilih yang melibatkan pelajar, guru dan kakitangan Sekolah berkenaan.
Oleh :
Himran Entoh
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Kudat
- JBS Sabah
- Hits: 462














