- JBS Sabah
- Hits: 462
PERLAWANAN BADMINTON PERSAHABATAN JBS SABAH VS ANTHONY ROBIN ADVOCATES, MIRI ERATKAN SILATURRAHIM
PUTATAN, 7 Mac 2017-Perlawanan badminton persahabatan di antara Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dengan Pasukan Anthony Robin Advocates Miri, Sarawak telah berlangsung di Dewan Rakan Muda, Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah 4 Mac 2017 yang lalu.
Perlawanan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan memupuk semangat kesukanan dikalangan pemain. Perlawanan badminton yang berlangsung seawal jam 3.00 petang itu menyaksikan 3 kategori dipertandingkan iaitu beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.
Keputusan rasmi perlawanan menyaksikan Anthony Robin Advocates mengungguli acara beregu wanita dan beregu campuran, manakala JBS Sabah terpaksa berpuashati dengan keputusan 1 menang dan 1 seri bagi kategori beregu lelaki.
Jurucakap JBS Sabah, Encik P.Poniah berkata perlawanan tersebut banyak memberikan kesan positif dari sudut kesihatan malah memberi ruang untuk perkongsian pengalaman dan idea antara kedua-dua negeri borneo ini.
Oleh:
Hamzah Md.Tahir
JBS (P) Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 462

PUTATAN, 2 Mac 2017-Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Pegawai Dan Kakitangan untuk kali pertama bagi tahun 2017.
PUTATAN, 2 Mac 2017- Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran, JBS (P) Sabah untuk pertama kalinya bagi tahun 2017.
KOTA KINABALU, 27 Februari 2017 – Transformasi Nasional (TN50) telah memulakan siri jelajah dialog seluruh Malaysia dengan Sabah dipilih selaku tuan rumah yang pertama. Sesi yang dimulakan dengan ucapan YAB Ketua Menteri Sabah yang memberi ucapan perasmian secara santai di atas pentas utama. Jam 9.30 pagi YB Brig. Jeneral Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia memulakan Sesi Dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) bersama belia – belia Sabah.
Pelbagai aspirasi-aspirasi menarik yang dikongsi semasa sesi dialog berkenaan antaranya ialah sebuah Negara Malaysia yang “Smoking-Free” pada tahun 2050 dan melahirkan generasi yang mencipta pekerjaan bukan sekadar mencari pekerjaan. Dalam sidang media sejurus acara selesai, YB Menteri Belia Sukan Malaysia menyifatkan belia-belia di Sabah menggunakan platform yang ada dengan sangat baik dan mengingatkan TN50 akan dibina bukan hanya dari aspek ekonomi malah dari semua sudut dan terperinci.





SANDAKAN, 12 FEB 2017 – Seawal jam 6 pagi bertempat di Padang Bandaran Sandakan, seramai 17 ribu peserta program Fun Run Dan Fun Ride Fit Malaysia telah bersedia untuk memulakan acara yang julung kali diadakan di Sandakan memandangkan program ini adalah merupakan kesinambungan selepas kali terakhir ianya diadakan di Sabah adalah di Kota Kinabalu pada tahun 2014.
