
KENINGAU, 20 Mac 2017–Satu larian obor bakal diadakan di Keningau pada bulan Jun akan dating sempena Sukan SEA ke 29 dan PARA ASEAN KE 9. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat penyelarasan jawatankuasa peringkat bahagian Keningau telah diadakan di Bilik Mesyuarat Matulai, Pejabat Daerah Keningau yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Keningau, YBrs.Tuan Haji Yusop Hj Osman.
Menurut Tuan Haji Yusop, larian ini menyasarkan penyertaan seramai 1000 orang secara maksimum di kalangan masyarakat dari Keningau dan juga daerah-daerah lain sebagai salah satu langkah promosi kepada masyarakat kepada Temasya Sukan SEA ke 29 dan PARA ASEAN ke 9 khususnya di pedalaman atas.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri En.Muhamad Khairu Bin Ahmad @ Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau dan Encik P.Ponniah, Pegawai Unit Pembangunan Kecergasan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Oleh:
Ryandie Angsukup
PBSB (P) Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 452








