- JBS Sabah
- Hits: 787
REMAJA TONGGAK PEMBANGUNAN NEGARA



KOTA KINABALU, 25 OKTOBER 2016 – Program Remaja Perdana Rakan Muda merupakan satu program teras yang diadaptasikan daripada program The Duke of Edinburgh’s Award atau lebih dikenali sebagai The Internasional Award for Young People. Program Rakan Muda merupakan satu wadah kepada penglibatan remaja dalam program yang membentuk kesukarelaan dan jadiri remaja. Selain daripada itu ianya juga dapat melahirkan sebuah negara yang mampan mengikut acuan dan arus perdana masa kini.
Seramai 282 orang remaja telah diberi pengiktirafan pingat Perak dan Gangsa yang melibatkan SMK Tenghilan, Tuaran, SM St. James Tenghilan, SMK Tansau Penampang, Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu dan Persatuan Belia Suara Tenghilan, Tuaran pada 20 Oktober 2016 yang lalu. Satu program yang mana setiap remaja diberi pengiktirafan melalui Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda sejajar dengan sumbangan remaja dalam membentuk keperibadian mereka dengan mengikuti pelbagai bentuk kesukarelaan dengan program sebegini sahaja dapat menepis tanggapan negatif terhadap remaja.
Program telah dirasmikan oleh Encik Lamat Anak Nyalau, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan dihadiri oleh Pengetua SMK Tenghilan,wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran, Puan Sempini Binti Langiton Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat dan Puan Hasmah Binti Ajem Pegawai Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Oleh;
Joslam Bin Syarifuddin
Pejabat Belia Dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 787







