
KUDAT, 30 MAC 2016 – Tiga peserta Perantis yang baru melaporkan diri, melengkapkan senarai lapan peserta Program Perantis dari Bahagian Kudat untuk tahun 2016. Para peserta tersebut menjalani “On Job Training” selama 3 bulan yang bermula pada 1 April 2016.
Program Perantis untuk Bahagian Kudat pada tahun ini akan melibatkan empat majikan yang menyediakan latihan dalam bidang automotif, penyelenggaraan komputer dan IT, kemahiran pembantu pendidikan awal kanak-kanak dan kemahiran pembuatan binaan bangunan berasaskan aluminium. Para peserta tersebut dijangka akan menamatkan latihan mereka pada 30 Jun 2016.
Taklimat dan majlis ringkas untuk menandatangani perjanjian program di antara Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Kudat dengan majikan yang terlibat telah disempurnakan pada 30 Mac 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat, PBS (P) Bahagian Kudat. Majlis yang sama turut diadakan di Bilik IT, Pusat Internet 1Malaysia, Kg. Pinggan-Pinggan, Pitas pada 28 Mac 2016 yang melibatkan tiga majikan untuk Program Perantis 2016 Bahagian Kudat.
Oleh:
Himran Entoh (PBSP Kudat)
Disunting oleh:
Sukarnih Sidik (JBSP Sabah)
- JBS Sabah
- Hits: 495








