
KENINGAU, 16 Julai 2018 – Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Keningau, Encik Fedrius Bin Jumi telah mengadakan perbincangan dua hala dengan Encik William Chu, Pengerusi Kelab Belia Kampung Bariawa Laut Bersatu Jaya, yang juga merupakan wakil kepada persatuan-persatuan belia di Daerah Keningau di pejabatnya di Pejabat Belia Dan Sukan (P) Bahagian Keningau.
Perbincangan ini adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat dan perbincangan tentang program-program belia dan sukan yang akan diadakan oleh pihak persatuan. Pihak Pejabat mengucapkan terima kasih kepada Encik Willian Chu dan menyatakan sokongan terhadap apa juga program belia di Daerah Keningau untuk kebaikan bersama.
Oleh :
Fedrius Bin Jumi
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 443







