
KENINGAU, 28 Julai 2018- Bengkel Intensif Program e-ROY MYKD Peringkat Negeri Sabah 2018 telah dilaksanakan di Keningau, Sabah dapat menghimpunkan Persatuan dan Kelab di Daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia.
Antara ceramah dan taklimat yang dijalankan adalah seperti Penyediaan Pelaporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Proses Pindaan Perlembagaan Cawangan Pendaftaran dan Pengenalan e-ROY bagi Pindaan dan MYKD secara talian Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta ceramah Integriti oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Keningau. Melalui bengkel ini ianya akan membolehkan peningkatan kefahaman mengenai urustadbir pertubuhan belia dan pendedahan latihan berkaitan penghantaran MYKD secara atas talian menerusi Sistem e-ROY oleh Persatuan dan Kelab Belia.
Majlis Penyampaian Sijil disempurnakan oleh Ybhg. Encik R.Effendi Bin Razali, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. Turut hadir Ybhg. Puan Hajah Siti Aishah Binti Yahya, Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia, Ybrs. Puan Suzirani Binti Muamat, Pegawai Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sabah dan Ybrs. Encik Fedrius Bin Jumi, Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau.
Oleh:
Ryandie Angsukup
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 444








