- JBS Sabah
- Hits: 344
PROGRAM GOTONG ROYONG MEGA KEBANGSAAN SERENTAK SELURUH NEGARA PERINGKAT DAERAH SANDAKAN 2018

SANDAKAN, 30 Julai 2018 - Program Gotong-Royong Mega Kebangsaan Serentak Seluruh Negara Peringkat Daerah Sandakan 2018 yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan lain dan Badan NGO’s telah diadakan pada 28 Julai 2018 (Sabtu) bertempat di Taman Tun Abdul Razak, Dewan Masyarakat Sandakan dan bermula seawal 7.30 pagi.
Dianggarkan seramai 500 orang peserta daripada agensi kerajaan, swasta, persatuan-persatuan belia, kolej, universiti dan sekolah melibatkan diri dalam program tersebut. Turut terlibat adalah pasukan keselamatan seperti Polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain. Program ini bertujuan untuk memastikan kebersihan Taman Tun Razak di samping membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes di Sandakan dan dapat mengeratkan hubungan antara peserta yang terlibat.
Program tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik George Hiew Vun Zin, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.44 Karamunting.
Oleh:
Anita Selamat
PBSB Sandakan
- JBS Sabah
- Hits: 344






