
SANDAKAN, 6 Ogos 2018 – Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan sentiasa membuka peluang kerjasama kepada orang ramai dalam membentuk kerjasama. Bersamaan dengan hari Jumaat, 3 Ogos 2018, pihak pejabat telah menerima kunjungan daripada Puan Taj Mahal Omar dan rombongan.
Kunjungan ini dibuat adalah untuk membentuk kerjasama antara pihak Puan Taj Mahal Omar dengan pihak pejabat dalam melaksanakan Pertandingan Bola Tampar Peringkat Komuniti. Perjumpaan itu turut membincangkan peranan dan bidang tugas pihak pejabat dalam menjayakan program berkenaan. Selain daripada itu, Puan Taj Mahal Omar turut menyuarakan hasrat untuk mendaftarkan kumpulannya ke badan sukan secara sah di bawah Pesuruhjaya Sukan Sabah.
Oleh:
Munirawaty Binti Undang
PBSB Sandakan
- JBS Sabah
- Hits: 262








